Home » Langit Terbuka » [VIDEO] ‘Kalau semua jemaah dunia macam Malaysia, saya boleh tidur dengan tenang’

[VIDEO] ‘Kalau semua jemaah dunia macam Malaysia, saya boleh tidur dengan tenang’

Mohd Na’im bergambar bersama Sahabat Maktab selepas melancarkan Kempen Kebersihan Masyair di Abraj Al Tayseer di Makkah pada Isnin.

MAKKAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sekali lagi menzahirkan penghargaan kepada Tabung Haji (TH) dan memuji tahap disiplin serta kebersihan diamalkan jemaah Malaysia di Masyair sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penghargaan itu diberikan menteri berkenaan, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah ketika beliau bertemunya dalam program Grand Hajj Symposium pada Ahad.

“Dr Tawfiq secara berseloroh berkata kepada saya kalaulah semua jemaah haji dunia macam Malaysia, beliau boleh tidur dengan tenang.

“Itu gambaran selesanya kerajaan Arab Saudi kepada Tabung Haji dan jemaah kita kerana rekod terbaik dari segi kebersihan di Masyair tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Kebersihan Masyair di Abraj Al Tayseer di sini pada Isnin.

Justeru beliau mengharapkan jemaah tahun ini dapat mengekalkan rekod sebelum ini dengan memastikan kawasan Masyair dtinggalkan dalam keadaan bersih tanpa sampah-sarap.

“Sebab itu kita lancar kempen yang telah dimulakan sejak 2017 ini untuk menggalakkan jemaah haji Malaysia menjaga kebersihan diri dan persekitaran Masyair.

“Kita juga nak bantu Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk menjadi model terbaik yang boleh diikuti jemaah haji negara lain,” katanya.

 

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata, dalam pertemuan bersama pihak kementerian itu beliau turut menyuarakan mengenai pengurusan kad Nusuk.

“Kita negara pertama diberi keistimewaan dengan kad Nusuk diagih kepada jemaah di tanah air. Tahun ni tahun pertama ia dilaksanakan jadi ada dalam 20 peratus yang tak sempat terima kad Nusuk di tanah air.

 

“Dalam pertemuan bersama Dr Tawfiq saya meminta supaya penyerahan kad Nusuk diserahkan lebih awal dan keseluruhan 100 peratus tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu beliau berkata, petugas TH bersiap sedia pada tahap yang tertinggi untuk menyambut rombongan jemaah di Masyair iaitu di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *