LENSA Wacana Dakwah anjuran YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Madrasah Uthmaniah, Bayan Lepas pada 7 Ogos bertempat di Dewan Al-Fateh di madrasah berkenaan.
Program ini bertujuan menyemarakkan kesedaran tentang peranan generasi muda dalam pembangunan masyarakat Madani berlandaskan nilai-nilai Islam serta membentuk jati diri Muslim yang progresif.
Pengisian program telah disampaikan oleh Pensyarah Universiti Islam Malang, Indonesia, Dr. Yoyok Amirudin kepada lebih 100 peserta.
Turut hadir ialah Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias serta kakitangan Madrasah uthmaniah dan YADIM Negeri Pulau Pinang



KOMEN