Home » Citra Yadim » Walapun rumah sewa tetapi…

Walapun rumah sewa tetapi…

KUALA SELANGOR – “Saya tak cukup kuat nak tengok kawasan yang terbakar…walaupun ini cuma rumah sewa…tutur Puan Nur Syahidah Salleh ketika ditemui Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor yang menziarahi keluarganya di Kampung Bagan Tengkorak di sini pada 25 Ogos.

Ibu kepada empat anak ini kehilangan kediamannya yang terbakar dalam kejadian pada pagi 24 Ogos.

Sebahagian besar kediaman mereka musnah dalam kejadian berkenaan yang hanya disedari apabila terlihat asap dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.

Suaminya, Encik Rahim Johar@Kajai yang juga masih bersedih atas kejadian berkenaan, mengucapkan terima kasih kepada SAY Kuala Selangor yang menziarahi mereka dan menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini.

SAY Kuala Selangor yang diketuai Puan Asmah Husin menyampaikan pakaian,selimut,toto dan sedikit wang tunai.

Keluarga Rahim cukup disenangi di kawasan ini kerana sikap mereka yang peramah dan gemar membantu orang ramai. Malah Rahim sendiri seorang yang serba boleh dan pandai bertukang.

Boleh dikatakan seluruh warga Bagan Tengkorak mengenalinya kerana beliau sering diundang menjadi dj dalam majlis keraian dan perkahwinan di kawasan ini.

YADIM mendoakan semoga keluarga ini tabah dengan ujian yang melanda.

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *