Home » Langit Terbuka » Wanita mengemis kumpul dana bina tandas

Wanita mengemis kumpul dana bina tandas

SEORANG wanita di Bihar yang hidup dalam kemiskinan mengemis bagi mengumpul dana untuk membina tandas di rumahnya.

Amina Khatoon, penduduk di kampung Pathra Uttar  di wilayah Koshi, India yang sering dilanda banjir telah meminta bantuan jirannya bagi menyumbang untuk pembinaan kemudahan itu.

Tersentuh dengan usaha yang dilakukannya, beberapa buruh yang membina tandas itu rela menjalankan kerja secara percuma.

Malahan, tindakannya itu juga mendapat pujian pihak berkuasa tempatan dan Amina telah diraikan dalam majlis khas di kampungnya kerana usahanya yang dianggap unik itu.

Balu yang berusia lewat 40an dan ibu kepada seorang kanak-kanak itu bekerja sebagai buruh untuk menampung kehidupannya.

Menurut Amina, dia telah menemui beberapa pegawai kerajaan untuk mendapatkan dana bagi membina tandas tetapi permintaannya tidak dilayan.

Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan jirannya bagi memenuhi hasratnya untuk memiliki tandas di kediamannya.-IndiaToday

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *