Home » Langit Terbuka » Guna cicak intip aktiviti nuklear Iran

Guna cicak intip aktiviti nuklear Iran

TEHRAN 13 Feb. – Bekas ketua staf tentera Iran hari ini memaklumkan perisik Barat menggunakan cicak yang mampu menarik gelombang atom untuk mengintip program nuklear negara itu.

Penasihat ketenteraan kanan pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei, Hassan Firuzabadi berkata demikian ketika menjawab soalan media tempatan mengenai penahanan beberapa pengkaji alam sekitar di negara itu baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak mengetahui perincian kes itu, namun mendakwa Barat sering menggunakan pelancong, saintis dan pencinta alam sekitar untuk mengintip Iran.

“Beberapa tahun lalu, ada individu datang ke Iran bagi mengutip bantuan untuk Palestin. Kami curiga dengan laluan pilihan mereka.

Sumpah-sumpah antara spesies reptilia gurun yang didakwa digunakan perisik Barat untuk mengintip program nuklear negara Iran.

“Mereka memiliki pelbagai jenis spesies reptilia gurun seperti cicak dan sumpah-sumpah. Kami mendapat tahu bahawa kulit haiwan ini menarik gelombang atom.

“Mereka adalah pengintip nuklear di Iran yang mahu mencari lombong uranium serta lokasi aktiviti nuklear negara ini,” katanya kepada agensi berita ILNA.

Kenyataan itu dibuat susulan berita pencinta alam sekitar keturunan Iran-Kanada, Kavous Seyed Emami maut di dalam penjara selepas ditahan bersama beberapa ahli kumpulan NGO hidupan liar beliau bulan lalu. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *