Home » Citra Yadim » Watikah lantikan RSY IPGM Kampus Tawau

Watikah lantikan RSY IPGM Kampus Tawau

RSY IPGM Kampus Tawau
TAWAU- Seramai 20 orang pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tawau menerima watikah lantikan mereka pada 14 Jun.
Ia disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin ketika merasmikan penutupan program Irsyad Murabbi Madani di kampus berkenaan.
Program berkenaan bertujuan memberi pendedahan dan persediaan kepada warga IPGM mengenai bidang tugas serta peranan mereka baik kepada institusi pendidikan dan masyarakat.
Ustaz Zamri dalam ucapannya berkata, sewajarnya warga IPG yang merupakan bakal guru menjadi contoh dan mampu berkhidmat dengan seimbang kepada anak murid di sekolah dan pada masa yang sama untuk masyarakat.
Terdapat anggota RSY di kesemua 27 IPGM seluruh negara.
Terdahulu dalam majlis yang sama, diadakan Forum bertajuk Murabbi Madani yang turut melibatkan Ustaz Zamri selaku ahli panel.
Dua lagi ahli panel ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Sabah, Ustaz Roslan Diming dan Pensyarah Cemerlang, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGM Tawau, Dr Halimatus Saadiah Mat Saad.
Hadir sama ke majlis ini ialah Puan Sharifah Samsudin mewakili Pengarah IPGM Tawau serta Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat.
Seramai 128 Guru Guru Pendidikan Islam dari bahagian Tenggara Sabah hadir sempena forum tersebut.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *