Home » Citra Yadim » Gotong royong YADIM Perlis pungut 25 kilogram sampah di Bukit Ayer

Gotong royong YADIM PerlisĀ pungut 25 kilogram sampah di Bukit Ayer

KANGAR – Dalam usaha melahirkan masyarakat yang rahmah dengan alam sekitar, YADIM Perlis bersama Sukarelawan YADIM Perlis dan rakan badan bukan kerajaan Trash Hero Perlis, telah mengambil inisiatif menganjurkan Program YADIM Lestari: Gotong-Royong dan Tautan Ukhwah.

Program pada 11 Jun di Hutan Lipur Bukit Ayer ini turut mendapat kerjasama Pertubuhan Aspirasi Prihatin Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Disamping aktiviti membersihkan kawasan, diadakan juga perkongsian ilmu yang menyentuh berkaitan kepentingan menjaga kebersihan bagi melahirkan masyarakat yang ihsan terhadap alam sekitar.

Hasil kerjasama semua, sebanyak lebih 25 kilogram sampah berjaya dipungut dalam program ini.

Hadir dalam program ini ialah Pengarah YADIM Negeri Perlis, Puan Hafsah Haji Hashim.

YADIM Perlis komited melaksanakan program seperti ini pada masa akan datang dan menyeru agar lebih banyak pihak terlibat menyertainya.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *