Home » Citra Yadim » YADIM terima 11 ALPA yang baharu

YADIM terima 11 ALPA yang baharu

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 17 Ogos telah menerima seramai 11 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya (ALPA) yang baharu dalam satu majlis di sini.

Watikah berkenaan yang berkuatkuasa hingga tahun 2022, disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Mendahului penerima ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha (Y.Brs) Ustaz Nasrudin Hassan diikuti timbalannya, Yang Berbahagia (Y.Bhg) Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti.

Turut menerima watikah pelantikan mereka ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Y.Bhg. Datuk Dr. Norhafizah Musa, Y.Brs. Dr. Muhammad Faiz Na’aman, Y.Brs. Dr. Safinar Salleh serta Ustaz Mohd Zaidi Ramli.

Penerima lain ialah Y.Brs Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad dan Y.Brs Sainuri Yahmin.
Dua penerima lain ialah Y.Bhg. Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahya dan Y.Bhg. Datu Loling Othman Alwi, bagaimanapun tidak dapat hadir.

Zulkifli dalam ucapannya berkata, beliau mempunyai sepenuh keyakinan untuk barisan ALPA YADIM baharu, yang terdiri daripada profesional pelbagai bidang seperti akademik, sukarelawan, tokoh motivasi dan sebagainya untuk memimpin dan mengemudi badan dakwah ini menjadi lebih cemerlang.

“Mereka (yang dilantik ) telah menceburkan diri dalam bidang dakwah sejak sekian lama.

“Saya berharap agar YADIM ketika di bawah saya ini, akan menjadi badan dakwah yang paling cemerlang,” ujarnya.
Beliau turun berharap ALPA yang baharu dilantik ini akan memimpin YADIM mendepani usaha dakwah ketika ini yang semakin mencabar.

Zulkifli juga menyatakan supaya YADIM menumpukan usaha dakwah kepada golongan seperti banduan, orang asli, mereka yg terbabas dalam kehidupan, pelajar, serta usaha penyatuan badan bukan kerajaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *