Home » Citra Yadim » YADIM bersinergi Surau Riedha Lukut anjur sambutan Maulidur Rasul SAW

YADIM bersinergi Surau Riedha Lukut anjur sambutan Maulidur Rasul SAW

LUKUT – Surau Riedha di sini pada 22 Oktober telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul yang amat meriah.

Ia antaranya diserikan dengan majlis berzanji dan selawat beramai-ramai pimpinan pelajar-pelajar madrasah tahfiz jemputan.

Pengisian lain termasuklah ceramah khas Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan dari YADIM, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim, selaku Pengarah Kanan Di Pejabat Yang Dipertua YADIM.

Antara isi kandungan ceramah ialah wasiat terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum kewafatannya. Baginda menyeru mengutamakan akhirat, bertawaduk, berbaik sangka dengan Allah dan memelihara solat.

YADIM turut membuka gerai jualan buku-buku terbitannya di samping terdapat juga kaunter informasi Bank Rakyat dan jualan produk Muslim.

Pihak YADIM mengucapkan terima kasih kepada pihak Surau Riedha atas jemputan dan kerjasama sinergi penganjuran majlis ini.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *