Home » Citra Yadim » YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung di Dewan Auditorium universiti berkenaan pada 11 hingga 13 September.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM), Profesor Madya Dr. Amran Muhammad. Program ini turut mendapat sokongan dan penglibatan daripada Kopi Kanda, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad UNIQSAAS serta Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Pada sesi pagi, karnival ini juga menyediakanpameran yang mengetengahkan hasil karya dan pembelajaran mahasiswa menerusi tiga bidang utama, iaitu Media Cetak, Penulisan Dakwah dan Pengurusan Organisasi Dakwah.

Ruang pameran ini juga turut menyokong agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkukuh kebolehpasaran pelajar dan graduan, di mana pelajar mendapat pendedahan secara langsung kepada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan Islam melalui pameran, sesi interaksi serta jaringan profesional, sekali gus meningkatkan pengetahuan berkaitan peluang kerjaya, kemahiran insaniah, pengalaman kesukarelawanan dan kompetensi yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan.

Sesi petang pula menampilkan Forum Akidah bertajuk “Cabaran dan Peranan dalam Menangani Ajaran Sesat” yang membincangkan cabaran semasa dalam pemeliharaan akidah serta peranan mahasiswa dan masyarakat dalam menghadapi penyelewengan ajaran.

Forum tersebut menampilkan Pegawai Hal Ehwal Islam IIDM, Ustaz Muhammad Hakim Mohd Razali, Ahli Zamalah YADIM Pahang, Ustaz Fadhlan Muhsin Jamaluddin serta Al-Fadhil Wadhi Daerah Kuantan Barat, Ustaz Izzudin bin Dato’ Haji Abdul Mutalib sebagai panel.

Forum dikendalikan oleh mahasiswa Jabatan Dakwah dan Usuluddin UNIQSAAS, Muhammad Amirul Irsyad bin Shahibol, selaku moderator.

Karnival Dakwah 2.0 menjadi wadah penting dalam memperkukuh kefahaman dakwah dan penghayatan akidah, di samping memberi peluang kepada mahasiswa mengaplikasikan ilmu serta meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pengurusan melalui penglibatan secara langsung dalam penganjuran program.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *