Home » Citra Yadim » Kembara Mahabah : Sumbangan untuk warga rumah panjang Kampung Sungai Gemuan

Kembara Mahabah : Sumbangan untuk warga rumah panjang Kampung Sungai Gemuan

SARIKEI – Selesai Kembara Mahabbah di Kampung Tuie Betong, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak meneruskan perjalanan  ke bahagian ini iaitu ke Kampung Sungai Gemuan, destinasi terakhir pada 21 November.

Kehadiran YADIM Sarawak disambut dengan cukup meriah oleh penduduk Iban Muslim di perkampungan ini.

Menurut maklumat daripada penduduk kampung, rumah panjang Kampung Sungai Gemuan ini merupakan rumah panjang kaum Iban beragama Islam yang terpanjang di Sarawak.

Di sini, YADIM Sarawak menyampaikan sebanyak 72 pek makanan kepada penduduk di rumah panjang tersebut.

Turut hadir di dalam program ini adalah daripada Urusetia Saudara Kita Bahagian Sarikei dan badan bukan kerajaan HIKMAH Sarikei.

Turut menyumbang di dalam program ini adalah daripada PERKIM Bahagian Sarawak dan Pertubuhan Kebajikan Musa’ad Deen, Kuching khusus buat  golongan mualaf dan asnaf di kampung ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *