Home » Citra Yadim » YADIM Johor menyantuni mangsa banjir

YADIM Johor menyantuni mangsa banjir

MENERUSKAN Inisiatif membantu mangsa banjir di Johor, YADIM pada 21 Januari menyantuni 120 mangsa bencana berkenaan di Kota Tinggi.
Setiap keluarga menerima sumbangan kit penjagaan kebersihan dan snek syarikat Family Bite Malaysia yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Naim Haji Mokhtar.
Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Johor, Muhammad Ammar Abdullah dan Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Abdul Qaiyum Aris.
Program Misi Bantuan Banjir Agensi Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini merupakan inisiatif bersama agensi seperti YADIM, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Tabung Haji, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Yayasan Taqwa.
Terdahulu, agensi-agensi agensi ini menyampaikan sumbangan mereka di Kampung Kurnia, Johor Bahru dan Kampung Sri Jaya Batu 6 Tampoi.
YADIM pada 13 Januari telah menghulurkan sumbangan kepada 200 keluarga mangsa banjir di sekitar Johor Bahru.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *