MELESTARI Dakwah melalui kepimpinan muda, Sekolah Kebangsaan (SK) (2) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya pada 26 Julai telah menjadi tuan rumah bagi program YADIM Kader Dakwah: Kem Kepimpinan Muda Madani 2025.
Program yang melibatkan 60 orang murid dan 30 orang guru ini bertujuan untuk membentuk sahsiah kepimpinan serta kemahiran berdakwah dalam kalangan pelajar.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program dikendalikan oleh Daie Muda YADIM Muhammad Al-Fateh Ismail termasuk sesi pecah bendungan bagi membugar suasana, ceramah kepimpinan, latihan pengucapan awam, bidang tugas berkumpulan, serta Sesi Refleksi untuk menilai keberkesanan program.
Program yang penuh berinformasi ini berjaya mencetuskan semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan peserta.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK (2) Sultan Alam Shah, Puan Yee Sook Haan. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan nilai kepimpinan dan kerjasama dalam membentuk generasi muda yang dinamik.
Dengan kejayaan program pada tahun ini, pihak penganjur berharap agar Kem Kepimpinan Muda Madani dapat terus melahirkan pemimpin muda yang berintegriti, berdaya saing, dan mampu menjadi agen perubahan positif dalam Masyarakat pada masa akan datang.



KOMEN