Home » Citra Yadim » YADIM Kedah santuni petugas PPV, Guru Pondok, Pemandu Teksi dan Asnaf di Sik

YADIM Kedah santuni petugas PPV, Guru Pondok, Pemandu Teksi dan Asnaf di Sik

SIK – Seramai 124 petugas Pusat Pemberian Vaksin di sini disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 8 Julai menerusi pemberian barangan keperluan harian.

Ia sebagai menghargai penat lelah mereka yang kekal tabah bertugas di saat keadaan Covid-19 negara yang meruncing.

Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Hadir sama ialah Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Haji Badrul Hisham Abdul Rahman dan Pegawai Kesihatan Daerah Sik, Dr Hadzri Zainal.

Pada hari yang sama juga, YADIM Kedah telah melakukan ziarah mahabbah dan musa’adah di Madrasah Ar Rahmaniah, Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa,  di sini. Acara ini dihadiri oleh Tuan Guru Syeikh Muslim Tuan Guru Haji Salleh.

Seterusnya, program di daerah ini diteruskan dengan menyantuni pula seramai tiga orang pemandu teksi yang telah lama berkhidmat di sini. Akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ketiganya sangat terkesan dengan situasi tersebut.

Ziarah mahabbah dan musaádah kemudiannya diadakan di Madrasah Darul Ulum Al Mubarakah dengan kehadiran Tuan Guru Haji Abu Bakar Omar.

Program diakhiri dengan ziarah prihatin kepada lima keluarga asnaf di Kampung Bandar Hilir di sini.

Secara keseluruhannya, sebanyak 50 kotak makanan kit musa’adah, enam kotak roti, empat kotak biskut, enam pek besar air kotak dan empat kotak air mineral diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *