Home » Citra Yadim » Pelancaran Musaádah YADIM 3.0 serentak di seluruh negara

Pelancaran Musaádah YADIM 3.0 serentak di seluruh negara

NILAI – Pelancaran program menyantuni rakyat, Musaádah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 3.0 diadakan serentak oleh badan dakwah ini di seluruh negara pada 9 Julai.

Ia dengan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sini.

Hadir sama ke pelancarann ini ialah Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya serta Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Abdul Qaiyum Aris.

Acara pelancaran ini menyaksikan pelaporan program di seluruh negara di siar dan ditonton oleh Datuk Dr Zukifki yang menyertai sesi Google Meet bersama wakil wakil negeri.

Mereka menjalankan musaádah menerusi pelbagai program seperti sanitasi masjid dan surau menyantuni golongan yang memerlukan dan lain lain lagi.

Dalam  ucapan ringkasnya kepada kakitangan YADIM menerusi sesi Google Meet di sini, Datuk Dr Zulkifli mengucapkan terima kasih atas penganjuran program ini yang disifatkannya berjaya mendekati masyarakat dan berharap agar ia akan terus dilaksanakan.

Beliau juga sempat membantu proses sanitasi di surau selain menyampaikan sumbangan YADIM.

Badan dakwah ini menyumbang 150 kotak barangan keperluan harian dan 20 naskhah Al Quran untuk IPD Nilai.

Selesai di IPD Nilai, YADIM mengiringi Datuk Dr Zulkifli ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Stadium Tertutup Nilai sini dan menyampaikan lapan kotak air mineral, 40 naskhah Al Quran , 20 set sejadah, lima kotak makananan kering, selain buku buku bacaan sumbangan YADIM.

 

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *