SEPTEMBER dimulakan YADIM Negeri Kelantan dengan menziarahi keluarga Puan Ismarida Ismail di Kampung Telekong, Kuala Krai.
Ibu tunggal ini tabah membesarkan lima orang anak istimewa, yang kesemuanya menimba ilmu di Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh, Kuala Krai.
Sejak kehilangan suami dua tahun lalu, Puan Ismarida terpaksa bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 untuk menyara kehidupan keluarganya. Walaupun serba kekurangan, beliau tetap cekal demi membesarkan anak-anak tersayang.
Turut hadir dalam ziarah ini ialah Puan Norhayati Mohamad daripada Pertubuhan Amal Kebajikan Cempaka Merah yang sentiasa dekat membantu keluarga ini. Dalam kesempatan tersebut, Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk tunai dan keperluan dapur, semoga dapat meringankan beban yang ditanggung.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada Puan Ismarida sekeluarga dalam meniti perjalanan hidup yang penuh ujian. Sama-sama kita doakan agar urusan mereka sentiasa dipermudahkan dan diberikan rezeki yang berkat.



KOMEN