Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan menyantuni mangsa banjir

YADIM Kelantan menyantuni mangsa banjir

CAKNA Dengan banjir yang mula melanda, YADIM Kelantan bergerak pantas memulakan gerak kerja menyantuni mangsa-mangsa musibah berkenaan.
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Pasir Mas telah dikunjungi pada 3 Disember dan badan dakwah ini telah menyantuni seramai 673 mangsa daripada 240 keluarga yang ditempatkan di PPS tersebut.
YADIM Kelantan dibantu tiga orang Sularelawan YADIM menyumbang dan mengagihkan sebanyak 240 pek makanan sedia dimakan.Juga diagihkan lampin pakai buang untuk bayi di PPS tersebut.
Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang juga turun padang menyampaikan sumbangan.
Turut hadir Ketua Komuniti Rantau Panjang, Encik Nik Ghazali Nik Md Amin, Pengetua SMK Baroh Pial, EncikYahaya Mohd Nor dan Pengurus PPS SMK Baroh Pial, Puan Wan Muzera Wan Muhamad.
Program di PPS ini ialah antara inisiatif awal YADIM menyantuni mangsa banjir ketika ini sebelum beberapa lagi program lain yang diatur.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *