Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan: Seminar Pemantapan Akidah Saudara Baru

YADIM Kelantan: Seminar Pemantapan Akidah Saudara Baru

CAKNA Dengan pelbagai bentuk ancaman terhadap akidah saudara baharu di negara ini, YADIM Kelantan pada 11 November telah mengadakan Seminar Pemantapan Akidah Saudara Baru di Dewan Kompleks Masjid Al Hikmah Tanjung Mas, Kota Bharu.
Seramai 40 saudara baharu menyertai program anjuran YADIM Kelantan dengan kerjasama MACMA, WADAH dan ABIM ini.
Selain mengukuhkan akidah Islam dalam kalangan saudara baharu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan mereka.
Program sehari ini dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr Johari Yap Abdullah.
Selain Dr Johari Yap, dua orang penceramah ialah Dr Mohd Sharani Mohd Naim dan Ustaz Mohammad Muiz Yahya yang merupakan Duat Al Falah.
Semoga penganjuran ini memberi manfaat untuk semua, khususnya saudara baharu di Kelantan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *