Home » Citra Yadim » Penutupan Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM

Penutupan Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM

KEM Kepimpinan Rakan Belia YADIM melabuhkan tirainya di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Sarawak sebagai penutup kepada keseluruhan Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM yang telah diadakan di setiap zon sejak awal tahun ini.
Antara pengisian utama program pada 11 November ini termasuklah penyampaian watikah lantikan kepada 30 orang pimpinan di IKBN tersebut.
Dengan penyampaian watikah tersebut, maka, pimpinan RBY lengkap ditubuhkan di kesemua 21 Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan seluruh negara.
Ia merupakan anjuran Unit Belia, Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan serta IKBN Miri.
Ketua Penolong Pengarah Kanan HEP, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Khalid Mohamad Yusoff telah merasmikan program ini.
Mewakili YADIM ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Encik Shahrizal Mat, Penolong Pengarah KEMUDA, Encik Mohammad Hafiz Mohammad Baba.
Hadir sama ialah Penolong Pengarah KEMUDA, Encik Muhammad Faiz Safwan selaku pengisi slot program dan Timbalan Pengarah HEP IKBN Miri, Encik Kaya Raju.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *