Home » Citra Yadim » YADIM Kolaboratif: Konvensyen Pendidikan Madani Institusi Pendidikan Swasta Peringkat Negeri Kelantan

YADIM Kolaboratif: Konvensyen Pendidikan Madani Institusi Pendidikan Swasta Peringkat Negeri Kelantan

KOMITED Dalam usahanya menerapkan pemahaman Aspirasi Malaysia Madani, YADIM Kelantan pada 7 Oktober menganjurkan program YADIM Kolaboratif: Konvensyen Pendidikan Madani Institusi Pendidikan Swasta Peringkat Negeri Kelantan.
Dianjurkan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Wadah Pencerdasan Ummah Madani (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yayasan Takmir Pendidikan Negeri Kelantan dan Persatuan Sekolah-sekolah Islam Persendirian Kelantan (PERSIAP), ia dihadiri seramai 350 peserta daripada guru sekolah dan tadika swasta di Kelantan.
Majlis dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah Program merangkap Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan Negeri Kelantan, Dr Azmi Mohamed.
Kertas kerja pertama, ‘Pendidikan Karakter Berasaskan Nilai : Perspektif Malaysia Madani’ dibentangkan oleh Presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Abdul Rahman
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin kemudiannya membentangkan kertas kerja kedua ‘Peranan Pendidik Dalam Penghayatan Teras Madani’.
Majlis perasmian kemudiannya disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *