Home » Citra Yadim » YADIM Kolaboratif: Semarak Dakwah Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

YADIM Kolaboratif: Semarak Dakwah Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

KERJASAMA Dakwah dengan pelbagai rakan strategik menjadi antara pendekatan melestari gerakan dakwah oleh YADIM Kelantan.
Pada 17 Februari, mereka bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Persatuan Kebajikan Rakyat Gua Musang mengadakan program YADIM Kolaboratif: Semarak Dakwah Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama bertempat di Balai Raya Gerakan Desa Wawasan Kampung Limau Kasturi, Gua Musang.
Seramai 130 keluarga asnaf dari Kampung Serian 11/12, Kampung Bertam dan Kampung Limau Kasturi 2 disantuni dalam program ini.
Antara pengisian lain program ialah ceramah keselamatan oleh Penolong Pengarah Keselamatan & Ketenteraman Awam (Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan) Encik Mohd Zakwan Nawi serta aktiviti menanam pokok dalam Kempen Alam Hijau.
Hadir ke majlis ini ialah Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan, Haji Jefni Muhammad, Pemangku Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN Kelantan, Encik Mohd Anuari Yusoff, Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan wakil komuniti, Encik Asharun Uji.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *