Home » Citra Yadim » YADIM mengeratkan hubungan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

YADIM mengeratkan hubungan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

YADIM pada 7 November mengeratkan hubungan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan sesi kunjung hormat yang diwakili oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner.
UTM pula diwakili oleh Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin, dan Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar, Prof. Madya Dr Azlan Abdul Latib dalam pertemuan itu.
Fokus utama pada pertemuan ini bagi memperkukuhkan gerak kerja dan program YADIM melalui entiti Rakan Siswa YADIM UTM.
Perbincangan pintar bersama YADIM Negeri Johor bagi penganjuran program-program diperingkat kedua-dua institusi turut dijalankan.
Turut sama hadir mewakili delegasi YADIM adalah Pengarah YADIM Johor, Encik Muhammad Ammar Abdullah, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Encik Shahrizal Mat serta Ketua Unit Institusi Pengajian Tinggi KEMUDA YADIM, Encik Farisul Islam Fakhrul Adabi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *