Home » Citra Yadim » YADIM menyertai Konvoi Kembara Zakat (KKZ)

YADIM menyertai Konvoi Kembara Zakat (KKZ)

MENERUSI Bahagian Pelaburan dan Penajaan, YADIM telah menyertai Konvoi Kembara Zakat (KKZ) Tahun 2023 di Negeri Kedah Darul Aman yang berlangsung pada 7 hingga 9 November.
Ia merupakan anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Majlis Agama Islam Negeri, Agensi Mengurus Zakat dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Ia turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Awam dan RELA.
YADIM Kedah turut serta dalam program ini yang diadakan di daerah Sik dan Baling dengan kehadiran peserta hampir 300 orang secara keseluruhan menggunakan 65 kenderaan.
Pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Dato’Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur pada 7 Oktober.
Antara aktiviti yang bakal melibatkan YADIM ialah lawatan usahawan asnaf madu kelulut,landak, ikan pekasam dan kopi, aktiviti sukan rakyat serta pameran dan jualan.
Turut diadakan ialah jamuan Kenduri Rakyat serta beberapa program menyantuni Orang Asli.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *