Home » Citra Yadim » YADIM menyertai Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023

YADIM menyertai Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023

KERANA Bangsa yang membaca adalah bangsa berjaya.
Menerusi penyertaan dalam Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023, YADIM berhasrat menunjukkan keberadaan serius dalam melaksanakan dakwah menerusi penerbitan dan pendidikan.
Badan dakwah ini merupakan antara 25 agensi daripada Malaysia yang menyertai pesta buku yang berlangsung pada 27 September hingga 1 Oktober di Pusat Konvensyen Indonesia, Tangerang.
Rakan-rakan agensi seperti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Kefahaman Islam Malaysia juga turut serta, yang diselaraskan oleh Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia.
Pavilion Malaysia telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Amiruddin Shari pada 27 September selepas majlis perasmian pesta buku ini.
YADIM hadir bukan sekadar untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dalam penerbitan buku, malah pada masa yang sama mengadakan jualan dan promosi buku YADIM serta mencari ruang dan peluang untuk membeli hak cipta naskhah terbaik dari negara luar untuk diterbitkan.
Delegasi YADIM diketuai Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Hadir sama ialah Pengarah Kanan Sektor Perancangan Strategik dan Media, Puan Zalilah Bahari.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *