PASIR PUTEH – YADIM Negeri Kelantan meneruskan aktiviti turun padang menyantuni masyarakat menerusi Program Ziarah Kasih Asnaf yang menyasarkan golongan asnaf dan pesakit terlantar di sekitar Kampung Nara Pasir Puteh pada 17 November.
Program ini melibatkan ziarah ke rumah 10 orang penerima.
Kesemua yang disantuni menerima sumbangan Bakul MADANI yang mengandungi keperluan asas harian.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Surau Taman Sri Purnama, Kampung Nara sebagai rakan strategik komuniti setempat dalam usaha menyantuni golongan memerlukan secara berterusan dan berimpak.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ponolong Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Muhammad Nur Iqbal Mohd Syafie bersama Pengerusi Surau Taman Sri Purnama, Encik Mohd Rosdi Nawawi. Turut hadir Setiausaha Sukarelawan YADIM Pasir Puteh, Encik Muhamad Arif Ab Kadir.
Kehadiran mereka bukan sahaja menyampaikan bantuan kebajikan, malah turut menyantuni penerima dengan pendekatan dakwah berteraskan kasih sayang dan keprihatinan sosial.



KOMEN