Home » Citra Yadim » YADIM Negeri Sembilan bantu ibu tunggal terputus mata pencarian

YADIM Negeri Sembilan bantu ibu tunggal terputus mata pencarian

MAMBAU – Ekoran patah kaki, seorang ibu tunggal Norlida Daud yang sebelum ini bekerja di sebuah pasar raya di sini, tidak dapat keluar bekerja sekaligus terputus mata pencariannya.

Selepas dimaklumkan keadaan wanita ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan bersama Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan segera menziarahinya untuk menghulurkan bantuan.

Barangan keperluan harian disampaikan untuk meringankan beban Norlida dan tiga anaknya selain YADIM turut akan membantu melunaskan bayaran sewa rumahnya selama tiga bulan.

YADIM diwakili oleh Penyelaras Negeri Sembilan, Ustaz Hassanal Haris. Hadir sama ialah Pengerusi Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan, Khairul Nizam Khairudin.

 

 

Artikel Berkaitan

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *