3 PPV dan 1 PKRC terima sumbangan YADIM Sarawak

KUCHING – Pada 23 Jun, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak berkunjung ke daerah Simunjan, Lundu dan Bau bagi menyampaikan sumbangan 130 kotak air minuman kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di tiga daerah berkenaan. Di Simunjan, sebanyak 30 kotak air minuman telah diserahkan oleh Pengarah YADIM […]

Musaadah 3.0 CIMB Islamic Bank – YADIM di Kampung Pulau Penampang

KOTA KINABALU – Demi kasih pada adiknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya, Aishah Melampak sanggup berhenti kerja sebagai tukang cuci di sini demi menjaga mereka. Meskipun ia memberi kesan kepada ekonomi keluarganya, namun keputusan itu terpaksa diambil. Pendapatan suaminya sebagaiburuh binaan ternyata tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga ini. Cakna dengan keluarga berkenaan yang kini […]

Perluas peranan TV Alhijrah

SHAH ALAM – Kerajaan merancang untuk memperluaskan peranan TV Alhijrah sebagai medium dakwah dan kefahaman Islam dalam masyarakat di negara ini pada masa hadapan.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau juga sempat mengadakan perbincangan mengenai perkara itu bersama Pengerusi TV Alhijrah, Datuk Hussamuddin […]

Musaádah YADIM 3.0 santuni imam, guru agama, guru pondok dan pendakwah Kuala Nerang

SEKITAR program menyantuni imam, guru agama, guru pondok dan pendakwah Kuala Nerang pada 22 Jun dalam program Musaádah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 3.0 pada 22 Jun. Seramai 30 set sumbangan disediakan bagi menyantuni golongan ini yang turut terkesan dengan penularan Covid-19. Hadir ke program ini ialah  Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang,  Yang Berhormat […]

Sumbangan pek makanan untuk warga Temerloh

TEMERLOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah dihubungi wakil Pertubuhan Angkatan Bahaman Temerloh yang memohon sumbangan 20 pek makanan asas untuk diagihkan kepada warga setempat yang terkesan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar kawasan ini. Atas semangat kesukarelawanan dan membantu sesama organisasi, YADIM Pahang melalui wakil Sukarelawan YADIM Temerloh, Ustaz Zarimi Abu Zih […]

YADIM Negeri Sembilan bantu ibu tunggal terputus mata pencarian

MAMBAU – Ekoran patah kaki, seorang ibu tunggal Norlida Daud yang sebelum ini bekerja di sebuah pasar raya di sini, tidak dapat keluar bekerja sekaligus terputus mata pencariannya. Selepas dimaklumkan keadaan wanita ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan bersama Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan segera menziarahinya untuk menghulurkan bantuan. Barangan keperluan harian disampaikan […]

Sumbangan 630 naskhah Al-Qur’an kepada JAIP bagi kegunaan PKRC

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang meneruskan usaha membantu Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam menyumbang naskhah Al-Quran bagi kegunaan Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid (PKRC) negeri ini. Pada 22 Jun, sebanyak 630 naskhah Al-Quran diserahkan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok kepada Pegawai JAIP Ustaz Mohd Razi Mohd Zin. Naskhah […]

Saya malu nak mohon bantuan, tapi….

BAYAN LEPAS – “Saya telah kehilangan pekerjaan dan kini hidup tanpa gaji… sebelum ini isteri bekerja dengan mengasuh anak orang, tetapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada orang yang mahukan khidmat pengasuh, kami tak dapat buat apa apa. “Saya malu nak mohon bantuan, tapi saya berharap sangat dalam tempoh inj dapat lah pihak tuan […]

Musaádah YADIM Kedah untuk warga UUM

SINTOK – Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan hingga 26 Jun menyebabkan ramai pelajar dan kakitangannya terkesan dengan situasi tersebut. Cakna dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah beberapa rakan badan bukan kerajaan (NGO) pada 22 Jun telah menyampaikan sumbangan yang membawa manfaat kepada lebih 100 […]