Home » Citra Yadim » YADIM Negeri Sembilan bantu usaha promosi produk usahawan IKS

YADIM Negeri Sembilan bantu usaha promosi produk usahawan IKS

SEREMBAN – Usaha dakwah menerusi bidang perniagaan dan ekonomi adalah salah satu cabang yang perlu dipergiatkan ketika ini.

Menyedari hakikat tersebut, menerusi Bazar Aidilfitri dan Kraf anjuran Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan cawangan Seremban pada 25 hingga 27 April, YADIM Negeri Sembilan telah mengambil bahagian serta membantu mempromosi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) produk pekasam.

Jenama Pekasam Alias itu mempunyai pelbagai pilihan menarik untuk pengguna dan telah mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Lebih membanggakan, pengusaha produk ini merupakan seorang Orang Kelainan Upaya yang pada asalnya hanya menjual produknya dari rumah ke rumah, kini mampu menyewa sebuah kedai Majlis Perbandaran Port Dickson. Turut dipromosikan ialah sambal hitam.

Bazar ini dirasmikan oleh Menteri Besar negeri Sembilan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun yang turut meluangkan masa melawat gerai YADIM Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, YADIM Negeri Sembilan juga mengadakan ‘Kempen Jom Ke Masjid’ dengan mengedarkan pelekat kereta kepada orang ramai yang hadir di Bazar Aidilfitri dan Kraf tersebut.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *