Home » Citra Yadim » YADIM Negeri Sembilan, NGO santuni mangsa ribut Senawang, Kampung Kayu Ara

YADIM Negeri Sembilan, NGO santuni mangsa ribut Senawang, Kampung Kayu Ara

SENAWANG – Ditimpa musibah saat bergelut dengan suasana ekonomi dan wabak Covid-19 ketika ini sememangnya amat berat untuk dihadapi, namun demikianlah yang dihadapi penduduk Senawang dan Kampung Kayu Ara selepas kediaman mereka dilanda ribut baru baru ini.

Kejadian itu mengakibatkan bumbung rumah rosak selain beberapa lagi bahagian rumah yang turut terjejas.

Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawan Al Basith,  Baitul Syifaa dan Dapur Kausar menyantuni mangsa mangsa kejadian menerusi sumbangan barangan keperluan kepada mereka pada 17 November.

YADIM dan rakan rakan ini turut menaja makanan untuk kontraktor yang diupah untuk melakasanakan kerja pembaikan bagi rumah rumah ini.

Sebanyak 10 buah rumah menerima sumbangan dalam program ini. Turut disantuni dalam program ini termasuklah dua keluarga India yang tinggal di sini.

Mewakili YADIM ialah Penyelaras Negeri Sembilan, Hassanal Haris. Hadir sama ialah  Pengerusi Sukarelawan Al Baasith Khairul Nizam Khairudin, Pengurus Baitul Syifaa, Nani Ibrahim dan Pengurus Dapur Kausar, Puan Sakura

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *