Home » Citra Yadim » Kembara Cuci-cuci Musolla di Stesyen Petronas BRF Jaya, Jalan Astana

Kembara Cuci-cuci Musolla di Stesyen Petronas BRF Jaya, Jalan Astana

KUCHING – Kembara Cuci Cuci Musolla anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak memasuki siri ketujuh pada 17 November dengan lokasi terbaharu ialah di Stesen Minyak Petronas BRF Jaya Jalan Astana, Kuching.
Bermula jam 10 pagi, pasukan Cuci-Cuci YADIM Sarawak seramai enam orang telah memulakan khidmat mencuci musolla dengan melakukan pembersihan di ruang solat. Selain itu kerja-kerja sanitasi turut dilakukan di ruang solat lelaki dan perempuan serta tandas stesen berkenaan.
Kerja-kerja sanitasi musolla adalah penting memandangkan musolla stesen minyak Petronas merupakan tempat tumpuan dan persinggahan umat Islam untuk menunaikan solat.
Justeru, Yadim Sarawak telah mengambil inisiatif untuk membuat sanitasi sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.
Pada masa yang sama, YADIM Sarawak turut menyumbang peralatan kelengkapan solat seperti lima helai sejadah, tiga helai telekung dan tiga helai kain pelikat untuk diletakkan di musolla bagi kemudahan dan kegunaan masyarakat Islam. Turut disumbangkan ialah dua keping poster dakwah.
Kembara Cuci-cuci Musolla ini berlangsung setiap minggu dan bergerak ke stesen stesen minyak di negeri ini.
Yadim Sarawak mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Stesen Minyak Petronas BRF Jaya, Jalan Astana terutamanya Puan Norashikin A. Jalil, penyelia Stesen Minyak Petronas Jalan Astana di atas kerjasama yang diberikan dalam penganjuran program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *