Home » Citra Yadim » YADIM Pahang: Siri ceramah kesedaran Solidariti Palestin

YADIM Pahang: Siri ceramah kesedaran Solidariti Palestin

BERTEMPAT Di Masjid Paya Bungor, Kuantan, YADIM Pahang bersama rakan strategik MyCARE Pahang dan Pertubuhan Peduli Progresif telah menganjurkan siri ceramah kesedaran Solidariti Palestin pada 7 November.
Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda telah menyampaikan perkongsian berkaitan isu Palestin dan Taufan Al Aqsa.
Dalam ceramah ini, Ustaz Alwi telah membawa masyarakat setempat memahami tentang hubungan Palestin dengan umat Islam dan apakah sumbangan yang boleh diberikan untuk menunjukkan solidariti bersama Palestin. Beliau juga menyentuh tentang komitmen tinggi Kerajaan Malaysia Madani dalam menangani kemelut Palestin ini.
Ceramah ini juga turut dihadiri oleh wakil MyCARE, Pertubuhan Peduli Progresif, Pengerusi Masjid serta ahli kariah masjid.
Ceramah ini diakhiri dengan tayangan video yang memberi inspirasi dan menginsafkan. Sepanjang ceramah berlangsung, jualan amal Palestin dan sumbangan untuk Palestin diadakan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *