Home » Citra Yadim » Program Rahmah Madani Bersama Mangsa Banjir di Daerah Dengkil

Program Rahmah Madani Bersama Mangsa Banjir di Daerah Dengkil

BANJIR Yang mula melanda negara sentiasa diambil berat oleh YADIM. Justeru badan dakwah ini menyertai Program Rahmah Madani Bersama Mangsa Banjir di Daerah Dengkil pada 8 November anjuran agensi-agensi agama Islam Persekutuan.
Bersama rakan-rakan agensi, YADIM menyantuni seramai 335 mangsa banjir daripada 91 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naím Haji Mokhtar mengagihkan sumbangan YADIM di kedua PPS berkenaan iaitu 100 set kit penjagaan kebersihan yang mengandungi sabun, ubat gigi, berus gigi, syampu dan tuala.
Cakna dengan kanak-kanak yang turut terpaksa mendapatkan perlindungan, YADIM turut menyumbang 200 set buku menulis Jawi untuk mereka.
Semoga sumbangan ini dapat menghadirkan senyuman untuk mangsa-mangsa banjir berkenaan. YADIM mendoakan agar mereka semua tabah menghadapi ujian ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *