Home » Citra Yadim » YADIM Peduli bersama Menteri di JPM di Chendering Ahad ini

YADIM Peduli bersama Menteri di JPM di Chendering Ahad ini

PUTRAJAYA – Komited dengan rancangan untuk menyantuni 1,000 asnaf di kalangan nelayan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Terengganu akan melaksanakan program Yadim Peduli Pasca Musa’adah Covid-19 Warga Nelayan Negeri Terengganu Ahad ini (19 Julai).

Program yang akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri itu diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu dan persatuan Nelayan Kawasan Marang bertempat di Pelabuhan LKIM Chendering.

Yang Dipertua YADIM yang baharu, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan juga dijadualkan hadir ke program ini.

Ia merupakan siri program terkini menyantuni asnaf nelayan di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19.

Seramai 120 keluarga asnaf nelayan di sekitar Marang bakal menerima food basket YADIM menerusi program ini nanti.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *