Home » Citra Yadim » YADIM Peduli Di Bandar Baharu

YADIM Peduli Di Bandar Baharu

BANDAR BAHARU – Seramai 20 penduduk dari dua kampung di sini menerima sumbangan program Bantuan Ramadan/ Aidilfitri YADIM dan CIMB Islamic pada 29 Mei.

Mereka merupakan asnaf dan golongan B40 di Kampung Sungai Salleh dan Kampung KEDA Sungai Salleh, Serdang di sini.

Sumbangan ini merupakan inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan CIMB Islamic menyantuni golongan yang memerlukan sempena Aidilfitri ini dan membantu mereka menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kini.

15 penduduk menerima sumbangan dalam majlis ringkas di Masjid At Taufiq, Kampung Sungai Salleh di sini sementara lima lagi dalam program ziarah yang diadakan selepas itu.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz  Mohd Aizat Zakaria dan Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Ustaz Rohaizat Jaafar serta Imam Masjid At-Taufiq, Ustaz Razak Elias.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Sungai Salleh, Syed Mohamed Adnan Syed Ali dan Pengerusi Pusat Dakwah Wadi An Nasr (An Nasr Care), Ustaz Nasrun Osman.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *