Home » Citra Yadim » YADIM Peduli : Musaadah Covid-19 Kampung Sungai Badak

YADIM Peduli : Musaadah Covid-19 Kampung Sungai Badak

GURUN – Mukim ini yang terletak di Parlimen Jerai terus diberi perhatian oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.
Inisiatif terkini menyantuni masyarakat di sini dilaksanakan pada 21 Februari di Kampung Sungai Badak di sini.
Program tersebut dimulakan dengan solat hajat berjemaah, diimamkan sendiri oleh Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit.
Ia kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada Madrasah Al Makmurah di sini, sebelum ziarah kepada tujuh buah keluarga yang memerlukan.
Mereka terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan penduduk yang uzur.
Selain Ustaz Sabri, turut hadir ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Mudir Madrasah Al Makmurah, Ustaz Abdul Halim Hussin, Penghulu Mukim Gurun, Zuhissham Yaakob Pengerusi Jawatankuasa badan bukan kerajaan Darul Ikhlas yang juga menyertai program ini serta Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Badak.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *