Home » Citra Yadim » YADIM Sabah – ATM terus kerjasama santuni rakyat

YADIM Sabah – ATM terus kerjasama santuni rakyat

TUARAN –   Muafakat bawa berkat untuk rakyat. Demikian boleh disimpulkan daripada hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dan Angkatan Tentera Malaysia di negeri ini.

Usahasama terbaharu dua agensi ini setakat ini telah membawa manfaat kepada lima keluarga di negeri ini dengan pembinaan kediaman menerusi Program Teratak Prihatin.

Terbaharu mereka menyantuni sebuah keluarga dengan pembinaan rumah baharu bernilai RM50,000  menerusi kelulusan khas Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor di sini.

Rumah baharu tiga bilik lengkap dengan ruang tamu, dapur dan bilik mandi ini adalah yang kelima diselaraskan YADIM dan yang ketiga dibina oleh ATM di negeri ini selepas Kota Belud dan Pitas.

Pada 2 Jun, Daie YADIM Sabah, Ustazah Annisah Kifli hadir ke lokasi pembinaan rumah di Kampung Kindu di sini menziarahi 17 pegawai dan anggota dari 5 Divisyen Kem Lok Kawi dan menyantuni mereka menerusi pemberian makanan.

 

 

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *