Home » Citra Yadim » YADIM Sabah santuni pengawal keselamatan Sipitang

YADIM Sabah santuni pengawal keselamatan Sipitang

SIPITANG – Merekalah yang kerap dimarahi, dipersalahkan, menjadi mangsa cacian, sedangkan mereka hanya menjalankan tugas mengawal keselamatan premis tempat bertugas.

Dari satu sudut, mereka juga petugas barisan hadapan menjaga keselamatan dan kesihatan orang lain, walaupun sebenarnya pendapatan yang diraih tidak seberapa. Merekalah pengawal keselamatan.

Peranan pengawal keselamatan sangat besar, namun jarang sekali diketengahkan. Bagi menghargai jasa dan peranan mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 10 Mac telah menganjurkan Program Ziarah Kasih Menyantuni Pengawal Keselamatan Dan Kebersihan Sekolah Sekolah Daerah Sipitang di Dewan Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang pada 10 Mac.

Program ini menyasarkan menyantuni pengawal keselamatan dari 31 buah sekolah di daerah ini. Seramai 252 pengawal keselamatan menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program ini yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sipitang, Yang Berhormat  Haji Tamani Hafez Tan Sri Datuk Seri Panglima  Musa.

Kesemua penerima merupakan mereka yang terkesan secara langsung dengan penularan Covid-19.

Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ustaz Ramlee Daud hadir mewakili badan dakwah ini. Hadir sama ialah Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Bahagian Sipitang, Yang Berbahagia Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, Ketua Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Negeri Sabah, Yang Berbahagia Datuk Matbali Musah dan Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang, Zulkifli Kassim.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *