Home » Kenyataan Media » YADIM SAMBUT BAIK PELANTIKAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

YADIM SAMBUT BAIK PELANTIKAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

YADIM sedia berganding bahu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baharu dalam segala usaha yang membawa kebaikan untuk semua. - Foto Bernama

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyambut baik pelantikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta YB Ahmad Marzuk Shaary sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

YADIM berpandangan pelantikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah satu langkah tepat memandangkan beliau merupakan seorang tokoh yang berpengalaman luas, seorang ilmuwan dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat termasuk golongan bukan Islam, prihatin serta dijadikan rujukan dalam pelbagai isu.

Justeru, YADIM sebagai salah sebuah agensi Islam di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, bersedia berganding bahu dengan beliau dalam melaksanakan segala perancangan yang akan memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.

TUAN KAMARUL ARIEF TUAN SOH
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YADIM

DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DAKWAH YADIM PADA 10 MAC 2020

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *