Home » Citra Yadim » Siri Jaulah Tarbiyyah Syabab YADIM Terengganu

Siri Jaulah Tarbiyyah Syabab YADIM Terengganu

MARANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu kini sedang melaksanakan Program Peduli Remaja: : Jaulah Tarbiyyah Syabab di daerah ini.

Sebanyak dua siri telah diadakan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Lela Segara pada 8 Mac , manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila, Marang pada 9 Mac.

Kedua duanya diadakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Marang.

Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan lagi jati diri dan kepimpinan dari kalangan pelajar dengan mengfokuskan kepada mereka yang mempunyai ciri atau perwatakan ke arah menjadi pemimpin suatu hari nanti.

Di SMK Tengku Lela Segara, majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang sebelum Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Yang Berusaha Haji Mohamad Nawawi Rani menyempurnakan majlis perasmian. Seramai 100 pelajar menyertai program di sini.

Di SMK Rusila pula, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Yang Berusaha Tuan Shamsudin Mohamad telah menyempurnakan majlis perasmian selepas Mahadi memberikan ucapan aluan. Penyertaan di sekolah ini juga berjumlah 100 orang.

Program Peduli Remaja ini akan diteruskan pula ke SMK Datuk Awang Jabar pada 23 Mac ini, SMK Seri Serating (24 Mac) dan SMK Seberang Marang (25 Mac). Program yang sama juga akan dilaksanakan sebanyak lima siri di daerah Hulu Terengganu.

Dalam pada itu, serentak dengan Peduli Remaja, YADIM Terengganu turut melaksanakan program Dhuha Rahmah di sekolah yang berlainan di daerah ini. Dhuha Rahmah merupakan sebuah program yang menekankan kepentingan serta kelebihan menunaikan solat Dhuha. Pada masa yang sama, diselitkan juga sesi motivasi untuk pelajar.

YADIM Terengganu mensasarkan seramai 3,000 pelajar akan menghadiri program program yang telah diatur mereka ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *