Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak santuni Saudara Kita

YADIM Sarawak santuni Saudara Kita

SRI AMAN  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 3 Mei lalu telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada 48 keluarga Saudara Kita di sekitar bandar ini.

Kesemua penerima merupakan mereka yang terjejas akibat penularan Covid-19 dan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Antara kawasan yang disantuni dalam program Musa’adah Covid-19 YADIM Sarawak ini ialah Rumah Panjang Abdul Rahman, Kampung Jaong dan Rumah Panjang Islam, Kampung Gayau Jasa daerah Pantu.

Seramai 39 keluarga menerima sumbangan YADIM Sarawak yang disampaikan oleh Mohd Subri Haji Rafaee dan Afsan Mohamad.

Sementara itu di Simunjan pula, seramai sembilan keluarga Saudara Kita di Kampung Kepayang juga menerima sumbangan YADIM Sarawak.

Sumbangan sampaikan dengan kerjasama Yayasan Amal diketuai oleh Ustaz Azri Izzat yang merupakan rakan badan bukan kerajaan YADIM Sarawak.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *