Home » Citra Yadim » YADIM taja persediaan Inteam ke Syiria

YADIM taja persediaan Inteam ke Syiria

PUTRAJAYA – Sebagai tanda sokongan dan membantu misi ke kawasan bergolak Syria, YADIM pada 14 Februari menaja kumpulan nasyid terkemuka negara, Inteam dengan pemberian pek daging sedia  dimakan.

Sumbangan 20 pek daging daging kari, daging masak hitam dan daging rendang itu disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya kepada wakil Inteam, Encik Fahmi Aizuddin Dzulkifli.

Hadir sama ke acara ringkas penyampaian ialah Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Abdul Qaiyum Aris dan Penolong Pengarahnya, Muhammad Muzzammil Musbah.

Kumpulan Inteam akan menyertai Misi Musim Sejuk Syria 10.0 anjuran Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang akan bertolak pada 15 Februari dan berlangsung hingga 22 Februari 2022. 

Misi ini bertempat di A’zaaz, Aleppo, Syria.

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *