Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu menyantuni mangsa banjir

YADIM Terengganu menyantuni mangsa banjir

HARI Yang padat untuk YADIM Terengganu.
YADIM Terengganu memulakan program pasca banjir pada 31 Januari dengan majlis penyampaian sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Jongok Batu, Dungun.
Mereka menyumbang selimut toto dan air mineral untuk kegunaan mangsa banjir di sekolah tersebut.
Terlibat dalam majlis penyampaian ialah Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Dr. Pajuzi Awang, Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan Guru Besar SK Jongok Batu, Cikgu Mohamad Azri Haji Embong.
Selesai di SK Jongok Batu, program diteruskan dengan menyumbang bahan mentah untuk Dapur Madani di Kampung Pasir Raja, Dungun.
Bekas makanan,10 kilogram daging dan empat kotak ikan segar diserahkan kepada petugas yang menyediakan masakan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
YADIM Terengganu kemudiannya singgah di sebuah rumah yang dijadikan pusat pemindahan sementara bagi mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Shukor, Hulu Dungun.
Menyantuni mangsa banjir, makanan kering seperti roti dan tuala diagihkan di sini.
Inisiatif menyantuni mangsa banjir kemudiannya dilaksanakan di Kampung Belimbing,Hulu Dungun. Di sini, YADIM mengagihkan kit cucian ke rumah rumah yang menjadi mangsa banjir.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *