Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu santuni mangsa kebakaran tinggal sehelai sepinggang

YADIM Terengganu santuni mangsa kebakaran tinggal sehelai sepinggang

MARANG – “Saya hampir rebah apabila sebaik tiba mendapati rumah hanya tinggal rangka,”. Demikian ungkapan seorang mangsa kebakaran di sini pada 10 Oktober.

Samsuria Abdullah berkata, ketika kejadian dia berada di rumah adiknya di Felda Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu, sebelum menerima panggilan telefon mengenai kejadian berkenaan.

Bapa tiga anak itu kemudiannya bergegas pulang namun hampa apabila mendapati tiada apa yang dapat diselamatkan.

Dia dan keluarganya kini menumpang tinggal di rumah jiran berdekatan.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu segera menziarahi keluarga ini  pada 11 Oktober dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Barangan keperluan dapur, lampin pakai buang dan sedikit wang tunai diserahkan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.

Hadir sama ialah  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, Haji Alias Ibrahim.

Semoga sedikit sumbangan ini membantu keluarga ini selain menjalin ukhuwah dengan mereka.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *