Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu siaga bantu mangsa banjir

YADIM Terengganu siaga bantu mangsa banjir

DUNGUN – Hujan turun sejak malam tadi di Kampung Pasir Raja di sini, malah menjadi lebat pagi 30 Disember. Paras air Sungai Dungun juga sudah naik.

Pun begitu, ia tidak menjadi penghalang kepada pasukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan 20 Sukarelawan YADIM yang berada di Dapur Rakyat YADIM bagi mengagihkan bantuan untuk masayarakat di sini.

Sebanyak 109 set barangan keperluan dan 1,200 bungkus diedarkan kepada penduduk di sini bagi menyantuni mereka.

Hadir ke Dapur Rakyat ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin dan kakitangannya.

Turut berada di lokasi ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Tuan Haji Ghazali Sulaiman.

Ketika di sini, YADIM juga dimaklumkan sebilangan penduduk sudah mula berpindah ke Pusat Penempatan Sementara kerana kediaman mereka sudah pun dinaiki air. Beberapa anggota Jabatan   Bomba dan Penyelamat selain Polis Diraja Malaysia  berada di sini bagi memantau dan bersiap  sedia menghadapi situasi lebih buruk.

YADIM Terengganu juga bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat negeri ini yang memerlukan, khususnya mangsa mangsa banjir ketika ini.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *