Home » Citra Yadim » YADIM Terlibat Dalam Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Azan

YADIM Terlibat Dalam Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Azan

KANGAR – YADIM Kedah dan YADIM Perlis turut terlibat dalam menjayakan Program Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Azan yang berlangsung di Surau Othmaniah, Panggas Besar pada 19 September.

Program yang menghimpunkan penduduk setempat dan kawasan sekitar ini bukan sahaja memberi ruang kepada kanak-kanak menunjukkan bakat dalam bacaan al-Quran dan azan, malah menjadi salah satu usaha untuk menyemai rasa cinta terhadap al-Quran sejak usia muda.

Selepas solat Maghrib, program diteruskan dengan slot santai YADIM bersama penduduk kampung yang disampaikan oleh Zamalah YADIM, Ustaz Firdaus Che Rush.

Turut hadir Pengerusi Surau Othmaniah, Haji Abu Bakar Saad; wakil Pegawai JPNIN Perlis, Mohamad Dhiyatul Adib Abdul Rahman; Penyelaras Sukarelawan YADIM (SAY) Perlis, Ahmad Fuad Ashari; serta Pengerusi SAY Padang Besar, Hamidon Darus.

Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha kecil seperti ini terus menyuburkan kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan generasi muda dan komuniti setempat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *