Home » Langit Terbuka » YADIM tumpukan dakwah pada 2022

YADIM tumpukan dakwah pada 2022

Yang Dipertua YADIM ketika menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang dalam satu majlis anjuran badan itu pada 19 Januari. - Foto YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan memfokuskan tumpuan pada pengembangan dakwah dan mengurangkan tumpuan pada tugas kebajikan pada tahun ini.

Menurut Yang DiPertua YADIM, Nasrudin Hassan, selaras dengan matlamat penubuhannya, YADIM harus bertindak sebagai titik utama gerakan dakwah, dan bukannya aktiviti lain.

“Saya harap ini tidak disalah ertikan oleh masyarakat. Bukan bermakna kita tidak prihatin, tetapi sudah banyak pihak yang berkecimpung dalam kebajikan.

“Jika perlu, kita akan berkolaborasi dengan pihak berkenaan,” kata Nasrudin.

Katanya, beliau mahu kos yang diperuntukkan kepada YADIM dapat disalurkan kepada sektor dakwah secara langsung bagi memberi kefahamanan Islam kepada masyarakat.

“Hari ini masyarakat kita sedang berdepan dengan gejala sosial yang begitu tenat, dan juga ajaran yang salah.

“Ini semua perlukan pencerahan kepada masyarakat, kita perlukan tenaga pendakwah yang ramai,” kata Nasrudin pada 19 Januari.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sejurus hadir pada Majlis Penutup Bulan Dakwah YADIM 2021 dan Penyampaian Sijil Malaysia Book Of Record program Tazkirah 24 Jam Tanpa Henti Sirah Nabawiyyah Rahiq Al Makhtum sempena Maulidur Rasul 1443H di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *