Home » Citra Yadim » YADIM Zon Timur anjur Bicara Dakwah

YADIM Zon Timur anjur Bicara Dakwah

KUALA TERENGGANU 29 Sept. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur telah mengadakan program Forum Bicara Dakwah pada 19 September 2017 lalu bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang.
Program berkenaan yang mengetengahkan tajuk `Amanah Pendidik: Antara Cabaran dan Harapan’ telah dihadiri oleh para peserta dari pelbagai pihak termasuk golongan pendidik dan institusi pengajian di negeri berkenaan.
Antara lain forum berkenaan diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pemantapan masyarakat mengenai ajaran Islam berteraskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sekaligus menerapkan sikap amanah dan tanggungjawab dalam kerjaya.
Ahli panel bagi forum berkenaan adalah Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Ustaz Kamalrudin Omar dan Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ustaz Abdul Halim Awang, serta dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Roslim Ja’afar dari Pejabat Agama DaerahKuala Terengganu.
Program ini yang merupakan hasil kerjasama YADIM dan Yayasan Islam Terengganu telah disempurnakan penutupannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Multimedia Terengganu merangkap ADUN Pengkalan Berangan, A.Latif Awang.
Turut hadir dalam program ini adalah Pengarah YADIM Zon Timur, Mahadi Awang serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Yayasan Islam Terengganu, Ahmad Fadluldin Mohamad.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *