Home » Langit Terbuka » Yapeim santuni 550 penuntut IPT kurang berkemampuan

Yapeim santuni 550 penuntut IPT kurang berkemampuan

Sejumlah RM4 juta diperuntukkan Yapeim bagi menjayakan program Food Bank 1.0 selama setahun sehingga tahun hadapan untuk menyemarakkan lagi konsep 'Rahmatan Lil'Alamin, demi kemakmuran bersama. - Foto Yapeim

PERMATANG PAUH – Inisiatif Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) melalui program FoodBank Yapeim 1.0 memberi manfaat kepada 550 penuntut kurang berkemampuan di dua institusi pendidikan di sini.

Pemangku Ketua Pengarah Yapeim, Parihah Hasan berkata, bantuan diagihkan berbentuk pek makanan sedia dimakan (RET) itu adalah antara inisiatif baharu pihaknya dalam membantu golongan B40 yang memerlukan.

Beliau berkata, selain sumbangan makanan RET kepada golongan pelajar, FoodBank Yapeim 1.0 turut mengagihkan bantuan barangan keperluan harian kepada keluarga miskin, asnaf dan yatim piatu.

“Untuk program hari ini, kita menyalurkan pek makanan kepada 300 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh dan 250 pelajar Politeknik Seberang Perai.

“Inisiatif ini diharap dapat membantu mereka berjimat sekali gus mencapai matlamat asas pelaksanaan program iaitu mengurangkan beban ditanggung golongan sasar,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program Penyerahan Bantuan FoodBank Yapeim 1.0 di Masjid Dato Syeikh Adnan Penaga, Kepala Batas, di sini hari ini (19 September).

Menurut Parihah, sejumlah RM4 juta diperuntukkan Yapeim bagi menjayakan program tersebut selama setahun sehingga tahun hadapan untuk menyemarakkan lagi konsep ‘Rahmatan Lil’Alamin, demi kemakmuran bersama.

“Kami sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada orang ramai serta para penyumbang Tabung Amanah Yapeim yang telah melancarkan urusan pelajar menimba ilmu dengan sempurna,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *