Home » Citra Yadim » YB Menteri di JPM lawat INDAH, puji inisiatif telaga tiub

YB Menteri di JPM lawat INDAH, puji inisiatif telaga tiub

SEMUNGKIS – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada 22 Februari telah mengadakan satu lawatan mengejut ke Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) di sini.
Beliau menghabiskan masa kira kira satu jam di pusat berkenaan bagi meninjau kemudahan yang terdapat di sana di selain diberikan taklimat mengenai perancangan masa hadapan institut tersebut.
Antara yang menarik perhatian beliau ialah inisiatif pembinaan telaga tiub oleh YADIM bagi kemudahan peserta yang mengikuti latihan atau kursus di pusat berkenaan serta pegawai dan kakitangan institut ini.
Ia menurut beliau sebagai satu langkah proaktif bagi menangani masalah bekalan air sekiranya timbul kelak.
Telaga tiub sedalam 50 kaki itu dikorek dan dibina berdekatan blok penginapan di institut ini.
Satu lagi telaga tiub akan dibina di surau untuk kemudahan jemaah berwuduk jika berlaku masalah bekalan air.
Mengiringi Datuk Zulkifli dalam lawatan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner serta Pengarah INDAH, Mohd Fitri Aziz Yusof.
INDAH merupakan sebuah institut latihan milik YADIM yang mempunyai kemampuan mengendalikan latihan dan kursus untuk program perkaderan dan dakwah.
Institut ini dibuka untuk digunakan oleh orang awam. YADIM mengadakan kursus Daie Muda YADIM, Daie Orang Asli YADIM, Bengkel TOT Penceramah & Fasilitator Kursus Daie
Orang Asli YADIM dan lain lain lagi.
Institut ini terletak di Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor, 25 kilometer dari Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *