Home » Citra Yadim » Youth Talk anjuran Bahagian KEMUDA YADIM

Youth Talk anjuran Bahagian KEMUDA YADIM

YOUTH Talk anjuran Bahagian Kepimpinan Muda YADIM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah berjaya menghimpunkan lebih 1,000 pelajar daripada 21 Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan menyertainya.
Program yang berjalan serentak seluruh negara itu adalah sempena minggu paradigma pelajar sesi 1/2024 pada 5 hingga 8 Februari.
Mereka didedahkan serta diberi kefahaman mengenai tonggak Hormat melalui pengenalan enam teras Malaysia Madani. Pengisian disampaikan oleh barisan Pengarah-Pengarah YADIM Negeri dan pegawai YADIM di seluruh Malaysia serta beberapa penceramah jemputan.
Dalam slot itu, penceramah menekankan bagaimana tonggak Hormat dalam 6 teras Malaysia Madani mampu membawa Malaysia umumnya dan belia secara khusus sebagai generasi baharu yang cintakan perpaduan dan keamanan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *